Daging Batang Pinang sangat popular di Malaysia. Tiap kali kalau musim perayaan, memang daging ni sahaja yang selalu ibunda kita suruh beli dekat pasar atau kedai daging kan?
Namun begitu, daging batang pinang ni sangatlah terhad, Mat Salleh kata “very limited” dan dalam seekor lembu, jumlahnya mungkin tak lebih dari 10kg sahaja. Ini yang menjadikan daging ini paling “rare” dan ramai berebut nak dapatkannya waktu musim perayaan.
Tapi bagaimana tekstur daging batang pinang ni? Juga apakah masakan yang sesuai dengan menggunakan daging batang pinang ini dalam sajian? Jom kita bincangkan bersama. (Pandangan kami di Daging Online, bukanlah pandangan yang mewakili para chef profesional ya, sekadar pandangan peribadi)
Sebenarnya, daging batang pinang ini mempunyai 2 bahagian utama, iaitu ;
1. Daging Batang Pinang Dalam (Tenderloin)
2. Daging Batang Pinang Luar (Striploin)
-
Ayam FrozenRM17.00 – RM230.00
-
Daging Pejal Segar Lembu Tempatan (Fresh Local Beef)RM45.00
Daging batang pinang dalam, juga dikenali sebagai tenderloin, adalah sebahagian kecil dari potongan loin pendek (shortloin) dalam bahagian seekor lembu. Mempunyai dua batang, sebelah kiri & kanan dan terletak di belah bawah tulang belikat lembu. Orang tua-tua ada juga panggil daging ini sebagai “Harimau Menangis”, kononnya daging ini susah dibaham harimau, kerana lokasinya berada di bawah tulang belakang lembu sehinggakan menagis harimau sebab tak dapat makan daging paling lembut ni. Mungkin ini mitos? Atau betul kan? WallahuAklam.
Teksturnya sangat lembut, dan bahagian ini sangat sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Namun ia tidak berapa sesuai untuk masakan jenis lama, dan menggunakan haba yang tinggi. Teksturnya yang terlalu lembut akan menghancurkan daging ini jika dimasak terlalu lama dengan haba yang terlalu panas.
Dalam masakan Orang Melayu, daging batang pinang sering digunakan dalam rendang, gulai, kari, daging salai dan masakan reneh. Warga Barat sangat suka dengan Daging Batang Pinang Dalam (Tenderloin) ini. Daging ini dimasak stik. Ia diberi jolokan nama “Fillet Mignon”
Daging Batang Pinang Dalam (Tenderloin) ini juga menjadi kegemaran chef terkemuka dunia iaitu Gordon Ramsay, yang menggunakan bahagian ini untuk masak “Beef Wellington”, menu paling meletopppp di planet Bumi. Tengok video dia masak kat bawah ni.
Daging Batang Pinang Dalam (Tenderloin) sememangnya menjadi pilihan ramai
Satu lagi bahagian Daging Batang Pinang adalah Striploin, iaitu daging batang pinang luar. Teksturnya juga lembut dan sangat sesuai kalau nak buat stik. Kalau orang Barat, mereka panggil stik batang pinang luar ni sebagai “New York Strip Steak” ataupun “Strip Steak”
Daging Btang Pinang Luar (Striploin) ni sebenarnya dia macam adik-beradik kandung kepada Daging Batang Pinang Dalam (Tenderloin). Lokasinya berada di belah luar tulang belakang di kiri dan kanan badan lembu. Cuma kuantitinya lebih banyak sedikit daripada tenderloin.
Sesuai juga untuk masakan sup, goreng, kari, gulai, dan untuk bakar atau panggang. Daging yang lembu dan ada sedikit lemak di bahagian hujungnya, sangat sedap bila dibakar atas kuali dengan sedikit garam dan lada hitam. Jom kita tengok macam mana chef Ramsay masak NY Strip Steak kat sini
There are no comments yet.