Peminat Sup Lidah, dah boleh hadirkan diri. Ada juga orang kita buat lidah sebagai masakan goreng kunyit. Mengancam jiwa.
Peminat sup perut, boleh gunakan perut muda, perut tebal & perut bulat sebagai menu sajian utama anda.. Ada juga yang buat sebagai perut air asam. Jangan lupa lihat setiap jenis perut yang kami ada, takkan ada dijual di tempat lain pilihan variasi perut daripada Daging Online.
Bahagian EKSOTIK yang ramai peminat. Tekstur yang lembut seperti Tenderloin, buat ramai terpaut dengannya. Sedap buat masak goreng, dan masak kari, buat santapan sebagai masak lemak pun sedap. Ada juga yang order buat eksperimen budak-budak belajar medic…
Kalau makan nasi lemak, ada lauk sambal paru memang lagi menyengat.. Ada juga paru dimasak goreng, gulai, dan masakan berkuah..
Ada yang buat sebagai ubat tenaga dalaman.. Juga ada yang minat untuk goreng berlemak. Terkenal di selatan Thai, sebagai Sup Torpedo.
Diambil dari bahagian dalam kepala dengan cermat, lemah lembut. Khas buat anda peminat otak, makanan eksotik. Masak lemak cili api otak, memang legend.. Kena cuba guys.
Digunakan juga dalam masakan gulai kawah, masak kari, dan masakan berkuah. Hati juga ada yang gunakan untuk masakan bergoreng.. Rangup & pejal…
Masak goreng berempah, atau ada juga goreng kunyit.. Walaupun hitam, tapi rasa rangupnya boleh buat teringat…
Mata Segar Lembu Tempatan banyak diguna untuk perubatan, mitos menyatakan cecair mata lembu boleh jadi ubat alternatif untuk pesakit buah pinggang. Ada juga peminat makanan eksotik masak mata dalam masakan berkuah.
Buah Pinggang Segar (Kidney) Lembu Tempatan adakalanya digunakan dalam gulai kawah. Ada juga peminat buah pinggang beli untuk kegunaan perubatan tradisional.